Malangnya, filem ini tak ada apa-apa yang buat saya teruja macamSetem.
Adam (Remy Ishak) dan Aidil (Fizz Fairuz) adalah dua adik-beradik. Ibu mereka ialah Mak Jah (Liza Othman). Adam suami kepada Nur Amina (Tiz Zaqyah) yang pernah juga dicintai oleh Aidil (I think). Aidil baru kehilangan isterinya yang telah meninggal dunia, meninggalkan dia bersama dua anaknya Elyas (Ilyas Suhaimi) dan Mariam (Mia Sara Nasuha). Kemudian Nur mengandung, tetapi tragedi menimpa apabila kandungannya gugur. Untuk menawar rasa kepahitan, Adam dan Nur melancong ke Jordan, tetapi mereka terlibat dalam kemalangan keretapi terbabas. Mereka berdua terselamat, tetapi apabila Adam pulang ke tempat kemalangan untuk mencari cincin Nur yang tercicir, dia tersesat di padang pasir. Nur dan Aidil berjaya mencarinya, tetapi Adam mengalami kecederaan yang mengancam nyawanya. Juga ada subplot tentang Adam mengajar kelas agama bagi remaja yang bermasalah, termasuk Mamat (Muniff Isa), Juriah (Sara Ali) dan Jamal (Syafie Naswip).
Dari sinopsis di atas, anda dah boleh tahu apa masalahnya dengan filem ini. Saya menggelarnya "cerita pastu" - kerana plotnya macam "ini terjadi, pastu itu terjadi, pastu ini terjadi, pastu itu terjadi, pastu etc. etc. etc." Tiada benang naratif yang mengikat cerita ini dari mula sampai akhir. Segala tragedi yang melanda watak-watak ini macam saja je. Ini cukup membingungkan saya, lebih-lebih lagi kerana filem ini tidak menyenangkan penonton yang tidak kenal dengan siri TV Nur Kasih. Teks kat mula-mula tidak banyak membantu untuk menerangkan sejarah watak-watak ini. Benarkah Adam, Aidil dan Nur pernah bercinta tigasegi? Tak nampak pun. Tiga-tiga macam baik-baik je.
Sebenarnya itu salah satu benda yang saya suka. Semua ahli famili ini saling sayang-menyayangi; tiada konflik diantara dua-dua adik beradik, mahupun antara suami isteri atau abang ipar dan adik ipar. Melainkan satu watak antagonis yang minor, hampir kesemua watak-watak dalam cerita ini boleh disimpati mahupun disanjungi. Konflik didalam filem ini selebihnya datang dari pancaroba kehidupan watak-watak ini - dan ini membawa kita kepada tema cerita ini, iaitu keredaan kepada kehendak Allah.
Dari sini, filem ini akan menunjukkan betapa berharganya iman. Malangnya, filem Melayu - dan masyarakat Melayu - belum berani lagi untuk mengkaji erti keimanan dengan lebih mendalam. Sebenarnya filem Barat lebih memahami isu ini; satu lagi contoh ialah filem Signs arahan M. Night Shyamalan. Tapi saya suka babak dimana seorang ustaz (lakonan Beto Kushairy) dilihat sebagai kolot pemikirannya dan kurang berperikemanusiaan; namun ini diimbang dengan babak lain dimana seorang pengusaha Melayu (lakonan Jehan Miskin, yang saya kasihan kerana tak pernah membawa watak orang yang baik) mahu menubuhkan kelab malam. Of course, dia dilihat sebagai seorang asshole.
Filem ini sentiasa nampak kemas dan berkualiti. Arahan Kabir teliti dan prihatin, dan skrip Mira adakalanya corny tetapi cukup bermakna. Lakonan Tiz Zaqyah cukup efektif dalam babak pasang air (i.e. turning on the waterworks), tapi saya lebih suka ketika dia bertekad hendak mencari suaminya yang hilang; ini satu-satunya ketika kita lihat watak yang aktif melakukan sesuatu. Pelakon-pelakon lelaki pula kurang menyerlah dan agak kayu; anehnya, Remy Ishak kurang chemistry dengan Tiz. Ingat mereka dah biasa memainkan watak-watak ini. Saya juga suka dengan Muniff Isa, manakala Sara Ali tetap kiut gilebabi.
Dukacita saya mengatakan bahawa ada persamaan diantara filem ini dengan Lagenda Budak Setan, yang juga mengamalkan polisi "lagi watak derita lagi menghiburkan" sampai tahap 11. Dukacita kerana Nur Kasih: The Movie tampak lagi baik (tahap 6 atau 7 je), tak macam filem taik itu. Ia bercita-cita hendak menceritakan kisah drama epik tiga insan dan erti kehidupan mereka hingga akhir hayat, tapi kurang berjaya akibat plot yang episodik dan bercelaru. (Dan kalau nak tiru filem "The Notebook" pun biarlah dari memula.) Cubaan yang boleh dihormati, tetapi saya lebih gembira bahawa saga Nur Kasih sudah tamat disini. Bolehlah Kabir - serta Mira - bikin cerita yang seharapnya lebih baik.
Review: 2.5 Stars
Next Review: Kung Fu Panda 2