Monday, May 2, 2011

Lagenda Budak Setan - Movie Pun Macam Setan

Sape-sape yang kenal aku, dia memang sepatutnya dah tahu yang aku ni jenis yang tak minat filem-filem Melayu. Korang nak cakap aku tak patriotik ke, tak sokong produk negara sendiri ke, cakap la. Aku bukan tak minat sebab tu, tapi aku memang membandingkan semua filem yang aku saksikan secara international. Ya, aku akan tetap membandingkan filem-filem negara ni dengan filem-filem negara luar seperti Transformers dan Harry Potter. Bila aku cakap macam ni, alasan yang paling kerap aku dengar ialah "Tapi, kau kena faham, filem-filem dari luar tu jauh lagi advanced daripada kita. Diorang ada kelebihan teknologi". Eh, nak fikirkan cerita yang bagus, tulis skrip yang bernas dan memaparkan bakat lakonan yang mantap perlu ada teknologi ke? Akan tetapi, disebabkan aku ni dah berjanji untuk menonton filem-filem Melayu jugak untuk mengulasnya dalam blog ini, terpaksa jugalah tonton filem-filem tu sampai habis.

Dan datanglah cerita "Lagenda Budak Setan".


Pertama sekali, apabila aku ternampak poster filem ni tahun lepas, serius aku ingat ni cerita hantu. Ye la, sekali nampak perkataan "Setan" free2 macam tu je. Dulu, nak keluar certa Hellboy pun kena tukar tajuk tu ke Super Sapiens. Lagi satu, aku tak tahu pun yang cerita ni berdasarkan novel yang keluar dalam zaman 80-an macam tu sampailah aku nampak ayat "Dari Novel Terlaris" tu. Aku ni, kalau bab-bab baca novel cinta, jangan harap la. Akan tetapi, apabila aku nampak perkataan "terlaris" tu, aku boleh agak yang peminat-peminat novel ini akan datang berduyun-duyun ke wayang untuk menonton cerita ni. Okay, aku tak pernah baca novel ni, jadi aku tak boleh nak kata apa-apa tentang kualiti novel tersebut, tetapi SETIAP kawan aku yang juga merupakan peminat novel ni, apabila mereka sudah menyaksikan filem ini, mereka akan memberitahu aku yang mereka menitiskan air mata sesudah menyaksikannya. WTF? Jadi, aku pun mengambil inisiatif untuk menonton filem ini melalui laptop aku, dan sah, mereka hanya mengatakan filem ini bagus hanya kerana mereka peminat-peminat setia novel ini.

Mari kita mulakan dengan sinopsis cerita ini.

Farid Kamil memegang watak Kasyah yang digelar sebagai "budak setan" di kolej sebab dia ni suka buat kacau. Akan tetapi, apabila dia jatuh hati terhadap Ayu (Lisa Surihani), dia ni pun insaf la. Selepas itu, mereka berdua ni terpaksa berpisah buat sementara waktu apabila Kasyah terpaksa pergi ke sebuah kampung untuk menyiapkan sebuah tugasan dan emak Ayu ni pun suruh la Ayu kahwin dengan ex-balak Ayu (Que Haidar). Apabila kawan Ayu, Suzana (Raja Farah) memberitahu perkara ini kepada Kasyah, Kasyah sedih tetapi dia terpaksa juga la menyambung kehidupannya dan mendapat kerja di syarikat Emilia (Shiqin Kamal). Tengok-tengok, Emilia tu sebenarnya Ayu yang telah menjalani pembedahan plastik kerana Ayu telah terlibat dalam kemalangan jalan raya (-_-"). Apabila syarikat Emilia ni bankrup, Kasyah mendapatkan pekerjaan baru dengan Kate (Nur Fazura) yang suka menggatal menggedik.

Sekali lagi aku ingin menegaskan bahawa aku tidak pernah membaca novel ini, dan disebabkan filem ni, aku mungkin tidak akan membaca novel ini langsung. Akan tetapi, aku mempunyai satu sahaja komen tentang novel tersebut. Nama penulis novel ini Ahadiat Akashah, dan nama watak utama dalam cerita ini ialah Kasyah. Hmmmmmm.... Hah! Nampak sangat watak Kasyah ni merupakan watak "Mary Sue"! Korang tak tahu maksud "Mary Sue"? Pergi tanya Pakcik Google.

Berdasarkan penulisan saya pada awal entri ini, aku tak menyukai kebanyakan filem-filem Melayu kerana skrip yang tunggang-langgang dan juga lakonan yang entah apa-apa. Pelajar-pelajar di kolej tempat Kasyah belajar tu pun, entah mana la direktor Sharad Sharan ni pergi ambil. Camerawork filem ni lagi la, suka sangat pergi dekat dengan muka pelakon-pelakon tu kenapa? Soundtrack pulak suka sangat ulang lagu yang sama berkali-kali dalam beberapa adegan filem ni.

Namun, yang paling aku tak tahan tentang filem ini ialah jalan ceritanya. Berceramuk! Sekejap kemalangan, sekejap menggatal di tempat kerja (Lebih dari sekali!), hilang ingatan, lebih dari satu serangan pukul-pukul, tikam-tikam. Aku boleh agak dah macam mana jalan cerita filem ini boleh jadi. Macam ni la, aku bagi korang satu contoh lah ye.

Kasyah ni watak utama filem ni. Ex-balak Ayu tu, Ayu break dengan dia sebab dia gay (Yup). Jadi, dia pun bengang lah kan. Pada babak-babak akhir filem ni, Kasyah dengan Ayu mempunyai cahaya mata. Kepada sesiapa yang masih belum tengok filem ni, cubalah teka perkara yang terjadi dalam babak tu.

See, this movie is the type of movie that piles cliche after contrivance after implausibility. Secara jujurnya, aku merasakan filem-filem Melayu macam ni lah yang suka memaparkan watak-wataknya dalam keadaan merana tak habis-habis. Aku juga dapat merasakan yang direktor filem ni nak suruh penonton-penonton berasa simpati terhadap watak-watak tersebut, tetapi bagaimana kita nak bersimpati terhadap mereka kalau mereka bodo piang? Watak-watak dalam filem ni memang tak reti nak mempunyai sifat-sifat seorang manusia yang normal. Macam mana laaaa boleh ada polisi "we hate gurlzzz" dalam kalangan Kasyah dengan kawan-kawan dia tu?

Namun, aku boleh la bagi kredit dekat Lisa Surihani sebab lakonan dia mantap. Fari Kamil pulak, haihh.... aku geleng kepala saja lah apabila melihat lakonan dia. Lisa Surihani, sepertimana aku katakan tadi, lakonan dia mantap. Akan tetapi, apabila dia berlakon dengan Farid Kamil dalam babak atau adegan yang sama, tak nampak chemistry langsung. Bukan sebab Lisa, tetapi sebab Farid tu la. Sekurang-kurangnya Lisa ada juga lah memberikan lakonan yang sebaik mungkin dan mengekalkan ekspresi muka yang meyakinkan.

Susah betul bagi aku untuk menilai filem ini disebabkan jalan cerita yang tunggang-langgang. Apabila filem ini habis, muncul ayat "Tamat Bahagian Pertama". Apparently, there is a series of this novel and a sequel is in the making! Whatever I've spoken and written here, it sure as hell won't stop the legion of fans from populating the cinema no matter what level of suckitude this film has. They said they cried after watching the movie. I feel like crying too, for a whole different reason, of course. Now, if you will excuse me, I want to go and bleach my brain

Rating: 1.5/5 stars

Next movie review: Poseidon(2006)
Expectations: Its a remake, right? Lets keep the expectations low..







No comments:

Post a Comment